Wednesday 19 October 2016

Produk ubat terlarang

Banyak golongan lelaki mengambil ubat kuat tenaga batin semata-mata untuk kepuasan seks. Namun mereka tidak sedar, ubat kuat untuk mengatasi mati pucuk atau meningkatkan keupayaan seksualiti sebenar memberi kesan sampingan kepada kesihatan. Jika diamalkan berterusan ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti serangan jantung, masalah penglihatan, tekanan darah tinggi, kegagalan organ dan sebagainya.

Di sini disenaraikan produk (dalam bentuk imej) yang dikesan mengandungi bahan terlarang yang diterima melalui pelaporan kesan sampingan ubat.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.

Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut.  Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.  Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disasaran supaya mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.


Tarikh kemaskini: 13 Januari 2017.  








No comments:

Post a Comment