Sunday, 26 November 2017

PENYOKONG PAS SOKONG FATWA


Umum mengetahui kekuatan PAS terletak kepada penyokong yang taksub.  Golongan ini percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu adalah PAS.  Sebab itu, apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka dianggap fatwa yang mesti dipercayai dan dipatuhi. 

Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak).

Mari kita menyorot kembali beberapa fatwa yang dikeluarkan pemimpin PAS yang dipegang kuat oleh penyokong taksub PAS.

- Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1959 atas alasan assabiyah, sekular dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. 

- Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan fatwa bahawa: “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”

- Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar, guru Pondok Pasir tumbuh, Kelantan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan berikut: “Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional hukumnya murtad.  Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan iman sembahyang.  Sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan.  Tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional.  Sekiranya tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang PAS yang satu Barisan Nasional, nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”

- Pada tahun 1981 Pak Chu Hassan dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum penyokong Barisan Nasional sebagai kafir. 

- Pada tahun 1981 juga, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

- Pada tahun 1994, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa menentang PAS adalah haram mengikut al-Quran.

No comments:

Post a Comment