Wednesday 27 December 2017

KHASIAT ISI BUAH KABUNG

Buah kabung yang telah melalui proses 'rumit' menghasilkan isi buah kabung. Isi buah kabung amat enak dimakan sebagai kudapan iaitu dengan mencampur air sirap, puding, cendol atau ais kacang. Isi buah kabung segar juga boleh dimakan begitu saja kerana lembut dan sedikit kenyal di bahagian dalam. 

Pada bulan Ramadan, isi buah kabung mendapat permintaan tinggi dari peminatnya sehingga bekalan tidak mencukupi.

Kajian makmal menunjukkan isi buah kabung kaya kandungan serat dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Setiap 100 g kabung mengandungi tenaga 27 kkal, protein 0.4 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 6 g, serat 1.6 g, kalsium 91 mg, fosforus 243 mg dan zat besi 0.5 mg.

Tingginya kandungan mineral seperti kalsium, zat besi dan unsur fosforus akan menjaga tubuh menjadi sihat terutama jika dimakan pada bulan puasa. 

Kandungan karbohidrat isi buah kabung boleh memberikan rasa kenyang bagi orang yang memakannya. Isi buah kabung membantu sistem pencernaan makanan dalam usus.

No comments:

Post a Comment