Wednesday, 27 December 2017

UNDI MELAYU PENYELAMAT BN

Pola sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan ia ditolak oleh kaum Cina, terutama di bandar utama. Majoriti kawasan bandar yang majoriti pengundinya Cina dikuasai parti pembangkang.

Maka ada pendapat mengatakan, untuk menang besar padar Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti, BN perlu memberi perhatian kepada pengundi Cina.

Agar tidak terjadi yang kendong berciciran, yang dikejar tidak dapat, BN perlu menyusun strategi lebih ampuh bagi memastikan tampuk pemerintahan negara kekal dikuasai parti yang memerintah negara sejak awal merdeka.

Corak pengundian semasa PRU 13 lalu jelas memperlihatkan pengundi Melayu telah menyelamatkan BN.

Dan, pada PRU 14 nanti sekali lagi pengundi Melayu sebagai penyelamat kepada BN. Ini tidak boleh ditolak jika dibuat pemerhatian terhadap statistik pengundi yang bakal mengundi dalam PRU akan datang.

Pengundi Melayu masih bersifat dominan dan mempunyai pengaruh besar. Pemimpin UMNO tidak boleh mengetepikan hakikat ini.

Caba lihat dalam PRU-11 pada 2004 dengan memperoleh 198 kerusi Parlimen dengan sokongan Melayu tertarik dengan imej bersih Tun Abdullah.

Namun begitu dalam tempoh kepemimpinan Abdullah selepas PRU-11, pembangkang menimbulkan berbagai sentimen dan isu menjurus kepada kredibiliti Abdullah.

PRU-12 yang berlangsung pada 2008 menghasilkan keputusan di luar dugaan dengan BN menang cuma 139 kerusi Parlimen.

Kekalahan itu menunjukkan pengundi Melayu beralih menyokong Pas dan PKR malah ada yang memberi undi kepada DAP yang turut sama dalam gabungan pembangkang.

Menyedari kepentingan undi Melayu, sebab itu DAP amat berharap penyertaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH). PH akan hilang sokongan Melayu yang kekal berada setia bersama PAS.

Maka itu, jika BN ingin terus berkuasa, undi Melayu amat penting, tanpa menafikan undi Cina dan India.  

No comments:

Post a Comment