Sunday 27 May 2018

SEMUA BAHAGIAN POKOK NIPAH BOLEH DIMANFAATKAN

Pokok nipah boleh dianggap pokok serba guna seperti pokok kelapa. Semua bahagian pokok nipah boleh dimanfaatkan. Pokok nipah hidup di tanah lembab atau berpaya. Pokok nipah dikategori jenis pokok palma.

Pucuk nipah boleh dijadikan rokok daun. Daun pokok nipah yang tua pula digunakan sebagai atap rumah.  

Bunga nipah dan buah nipah yang masih muda amat sedap dijadikan sebagai kerabu. Buah nipah yang mempunyai isi matang boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis seakan buah rambutan.

Mengikut amalan orang tua-tua dahulu, batang nipah sekiranya dikikis dan serbuk itu boleh membantu menghentikan pendarahan luka.

Disamping itu juga, akar nipah juga dikatakan boleh merawat darah tinggi dan juga kencing manis. Namun begitu, hal ini belum dapat dipastikan kerana tiada kajian yang terperinci yang dilakukan.

Manfaat yang paling umum ketahui ialah tandan nipah mengeluarkan air yang dikenali sebagai tuak ataupun nira yang juga akan menghasilkan cuka sekiranya diperam lebih lama. Nira ini juga dapat menghasilkan manisan nipah. 

No comments:

Post a Comment