Sunday 3 June 2018

BAHAYA DAGING BABI KEPADA KESIHATAN

Telah banyak kajian membuktikan bahaya daging babi kepada kesihatan. Banyak penyakit berpunca dari daging babi. Dalam daging babi terlalu banyak bakteria, parasit dan kuman berbahaya kepada kesihatan manusia.

Daging Babi mempunyai cacing pita yang mendiami di dalamnya. Kisah tentang cacing pita yang berbahaya ini, tabib perubatan terkenal Cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Chen pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi.

Antaranya, mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma

Daripada kenyataan tabib terkenal Cina ini, dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita.

Daging babi juga mempunyai virus atau kuman dalam genetik babi yang akan menghasilkan puluhan penyakit lainnya. Demikian menurut hasil kajian saintis barat.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilaporkan oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.

Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia.

Lebih membimbangkan lagi, menurut Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini

Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Daniel S.Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat banyak penyakit yang boleh dijangkiti dari babi.

Penyakit tersebut ialah;
- Anthraxc
- Ascaris suum
- Botulism
- Brucella suis
- Cryptosporidiosis
- Entamoeba polecki
- Erysipelothrix shusiopathiae
- Flavobacterium group IIb-like bacteria
- Influenza
- Leptospirosis
- Pasteurella aerogenes
- Pasteurella multocida
- Pigbel
- Rabies
- Salmonella cholerae-suis
- Salmonellosis
- Sarcosporidiosis
- Scabies
- Streptococcus dysgalactiae (group L)
- Streptococcus milleri
- Streptococcus suis type 2 (group R)
- Swine vesicular disease
- Taenia solium
- Trichinella spiralis
- Yersinia enterocolitica
- Yersinia pseudotuberculosis

Pada tahun 1997, ahli-ahli sains telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
- Porcine Torovirus.
- Porcine Rotavirus (Variant 4F).
- PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
- H3N2 Swine Flu Virus.
Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia.

Memakan daging babi akan menyebabkan penimbunan asid urik yang berlebihan di dalam badan manusia. Ini kerana babi tidak boleh disembelih kerana secara alamiahnya, lehernya pendek. Pada saat ia dimatikan, darah tidak memancut keluar seperti darah lembu.

Ini bererti darah babi bertakung di dalam dagingnya. Kandungan asid urik yang tinggi di dalam darahnya akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Kewujudan flu yang merbahaya. Pada tahun 1918, ia dikenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). ia  merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I.

Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sejak dinasti Tang dan Ming di China. Beberapa rentetan sejarah moden juga telah membuktikan bahawa ia membawa bencana kepada umat manusia. Persoalannya, kenapa ia masih diternak secara besar-besaran?

Jika tidak mendapat sambutan di pasaran, bagaimana mereka boleh menternak babi?  Kemanakah ia dipasarkan? Soalan ini sepatutnya membuka mata anda.

Awasilah semua produk dari barat dan negara-negara bukan Islam. Memang dia tak datang dalam bentuk daging yang berkeping-keping, tetapi dalam bentuk lemak, kapsul, tisu, bulu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment