Wednesday 25 July 2018

ULAMA SEPAKAT BOLEH GUNA KALENDAR MASIHI

Para ulama sepakat mengatakan adalah harus orang Islam menggunakan kiraan tahun Masihi. Biarpun tahun Masihi mengikut kiraan Gregorian ciptaan Pope Gregory, seorang tokoh padri Kristian, ia bukan satu amalan yang dikaitkan dengan agama berkenaan. 

Malah, jika dilihat kepada penerimaan masyrakat seluruh dunia, tarikh itu dilihat universal dan tiada kaitan dengan mana-mana agama, walaupun secara kebetulannya ia dicipta oleh Pope Gregory dan permulaan kiraan tahun Masihi berdasarkan kepada tahun kelahiran Nabi Isa yang menjadi watak utama dalam agama Kristian. 

Hakikatnya, mengapa kita perlu rungsing tentang Nabi Isa, sedangkan baginda adalah salah seorang nabi yang wajib dipercayai dalam senarai 25 rasul-rasul yang menjadi teras kepada salah satu Rukun Imam. 

Nabi Isa diutuskan oleh Allah SWT membawa agama yang benar kepada umatnya. Malang sekali, ajaran dibawa Nabi Isa telah diselewengkan oleh pengikutnya apabila baginda wafat.

Maka tidak wajar kita prejudis kepada Nabi Isa semata-mata kerana ajarannya telah diselewengkan yang sekarang ini dikenali agama Kristian. 

Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya. Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘uruf’ atau adat dan bukannya dianggap sebagai suatu upacara keagamaan.  

Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka ia adalah harus kerana termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah harus dengan syarat berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ‘al-adat muhakkamah"

Ertinya: "Adat yang tidak bercanggah dengan syarak boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi: "Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat" Ertinya: “Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majoriti". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum.

Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita dan arak. 

Tidak kira sama ada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

No comments:

Post a Comment