Guarana terkenal sebagai makanan kesihatan. Dalam kajian botani, guarana ditemui buat kali pertama pada Zaman Pertengahan di dalam hutan hujan Amazon. .
Pada tahun 1821, ahli botani Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt, menamakan tumbuhan ini sebagai Paullina Cupana. Orang asli Amerika pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paullina Cupana sebagai guarana.
Mengikut budaya orang asli Amerika, pokok Paullina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan daripada generasi masa depan. Orang asli Amerika menganggap Paullina Cupana sebagai sejenis pokok suci. Pada ketika itu orang asli Amerika menguyah biji benih guarana untuk menguatkan badan mereka.
Di kawasan Amazon, terdapat sebuah yang mana purata jangka hayat populasinya melebihi umur 80 tahun. Oleh yang demikian, Maues telah dikenali sebagai Bandar Umur Panjang.
Pemeriksaan teliti yang dibuat oleh para sarjana telah membawa kepada penemuan rahsia umur panjang ini. Rahsia ini adalah sejenis tumbuhan bernama guarana yang terdapat di Maues.
Dikatakan apabila penduduk tempatan pergi memburu di dalam hutan, mereka akan membawa bersama biji guarana untuk dikunyah. Dengan berbuat demikian, mereka tetap cergas biarpun tidak makan apa-apa pada hari keesokannya.
Orang asli di Maues sebenarnya lebih kuat daripada orang asli di tempat lain dari segi stamina, jasmani dan rohani. Mereka menggelar guarana sebagai ubat awet muda.
Kajian menunjukkan bahawa biji guarana adalah sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi menyembuh yang unik. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih Guarana sebagai "permata" bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.
Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.
Dapatkan produk guarana secara dalam talian

No comments:
Post a Comment