Sebab itu, semakin ramai peminat
ayam serama sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata ingin mendapat ayam
serama terbaik. Ayam serama terbaik bukan sahaja hasil dari baka, tetapi juga
bagaimana ia dibela.
Pemilik ayam serama perlu mengetahui
jenis makanan yang sesuai, cara memberi makan dan ‘mendidiknya’ menjadi jaguh
untuk tujuan pertandingan. Ayam serama
yang pernah memenangi pertandingan memberi pulangan dan keuntungan besar kepada
pemiliknya.
Seekor ayam serama memenangi
pertandingan Kesenian Kecantikan Ayam Serama (KKAS) akan mendapat tawaran harga
tinggi sehingga beribu-ribu ringgit. Malah ada ayam serama yang ditawarkan harga sehingga puluhan ribu
ringgit seekor.
No comments:
Post a Comment