Saturday, 2 June 2018

CARA ELAK TELUR PECAH SEMASA DIREBUS

Merebus telur dianggap mudah. Namun sebenarnya ramai yang gagal apabila kulit telur pecah dan isi melekat pada kulit. 

Walaupun isi telur masih boleh dimakan, tetapi tentu tidak cantik, lebih-lebih lagi untuk digunakan pada majlis kenduri. 

Terdapat petua mudah untuk mengelak telur direbus pecah dan isi telur melekat di kulit.

- Sebelum merebus telur, pastikan telur dibersihkan terlebih dahulu.
- Kalau telur baru dikeluarkan dari peti sejuk (telah dibersihkan), jangan terus direbus. Biarkan suhu telur berada pada suhu bilik.
- Masukkan telur di dalam periuk berisi air yang belum dipanaskan atau air suhu bilik.
- Nyalakan api perlahan untuk mengelak air menjadi terlalu cepat panas yang akan menyebabkan telur menjadi pecah.
- Masukkan sedikit garam atau cuka untuk mengelak kulit mudah pecah dan memudahkan mengupas telur nanti.
- Apabila air mendidih, terus merebus selama dua atau tiga minit jika ingin telur masak penuh.
- Jangan terus keluarkan telur dalam periuk. Biarkan sehingga air sejuk untuk mengelak isi telur melekat pada kulit apabila dikupas.
- Kalau hendak telur masuk separuh, terus matikan api apabila air mendidih. Keluarkan telur dari air selepas enam minit. Jangan dibiarkn sehingga melebihi 13 minit kerana ketika itu telur sudah menjadi hampir masak penuh.

No comments:

Post a Comment