Tuesday 12 October 2021

MINYAK ARGAN PILIHAN WANITA PENTINGKAN KECANTIKAN

 
Minyak argan dihasilkan dari buah argania spinosa (pokok argan). Minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan.  

Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar "liquid gold" di kalangan wanita Eropah kerana khasiat menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat antiaging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. 

Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa.

Hasil kajian oleh pakar kecantikan dan kesihatan dunia, minyak argan diperakui sebagai agen anti-penuaan semulajadi terbaik. 

Sedar akan khasiat minyak argan yang makin popular dalam bidang kecantikan, banyak pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan.

Namun ada produk yang ditawarkan ditambah dengan bahan kimia dan tidak memberi hasil yang diharapkan. Hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang menakjubkan.

Minyak argan asli (100% tulen) tidak dicampur sebarang bahan lain mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

Minyak argan adalah minyak yang jarang diperoleh kerana pokok argan hanya tumbuh di kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai Moroccan Oil.

No comments:

Post a Comment