Kajian
perubatan mendapati makan banyak punca penyakit. Maka lojiknya, makan sedikit menjadi
ubat penyakit. Keadaan sedikit lapar dikatakan proses merawat penyakit dan
pencegahan paling mujarab.
Khalifah ar-Rasyid pernah menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari
apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.
Ada beberapa jawapan seperti air
suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling
banyak ilmu di kalangan mereka dengan jawapan yang bernas dan diterima oleh
pakar yang lain.
Maka yang lain pun bertanya
kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab: "Ubat yang tidak
ada kesan buruk di sisiku adalah janganlah engkau makan melainkan setelah
benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi
(iaitu makan sedikit sahaja)."
Maksud lapar yang terpuji di sini
adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang
boleh membawa penyakit adalah dilarang.
Dalam lapar ada ratusan
faedah dan manfaat. Selain menyehatkan secara fizikal, lapar juga menyembuhkan
penyakit-penyakit jiwa dan membersihkan kotoran-kotoran batin.
Al-Ghazali
dengan sangat mengagumkan menunjukkan ketiga manfaat itu, iaitu fizikal,
psikologi dan spiritual. Secara fizikal, kata Al-Ghaali, puasa menyehatkan
tubuh dan menolak penyakit.
Pernyataan Al-Ghazali ini, yang didasarkan pada sabda Nabi SAW, dibuktikan
dalam kedoktoran modern.
Berikut
hasil penelitian mutakhir tentang manfaat puasa bagi kesihatan. Manfaat pertama
puasa ialah membersihkan tubuh dari racun.
Puasa adalah teknik detoksifikasi yang paling murah dan paling efektif.
Detoksifikasi adalah proses mengeluarkan atau mentralkan racun dalam tubuh
(toksin) melalui usus, hati, ginjal, paru-paru dan kulit.
Berlapar
mampu menjadi penyembuhan semula jadi. Ketika berlapar, tenaga untuk mencerna
makanan dialihkan ke metabolisme dan sistem imun.
Pada saat yang sama, dalam tubuh kita terjadi penguraian protein yang sangat
berkesan dan memungkinkan tumbuhnya sel-sel dan organ yang lebih
sihat.
Orang
yang berlapar memperoleh manfaat awet muda dan panjang usia. HGH atau the human
growth hormone (hormon untuk pertumbuhan manusia) dikeluarkan lebih banyak
dalam keadaan berlapar.
No comments:
Post a Comment