Monday, 4 November 2024

SUASANA MUHIBAH SEMUA KAUM DI KELANTAN

 
Suasana muhibah semua kaum di Kelantan. Kira-kira 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. 

Namun kehidupan rakyat dapat menerima dan meraikan kepelbagaian kaum dan anutan agama yang ada. Hidup rakyat dalam keadaan harmoni, saling menghormati dan penuh rasa muhibah.
 
Pada 2024, di Kelantan ada lebih 50 kuil Buddha, 22 wat Siam, 10 kuil Hindu, 13 gereja dan 3 gurdwara Sikh.
 
Menariknya, masyarakat pelbagai kaum ini bertutur fasih dengan bahasa Melayu loghat Kelantan sesama mereka. Ia membentuk komunikasi yang jelas dan tidak membentuk rasa prejudian ketika bercakap.
 
Keistimewaan ini perlu dikaji, diselidiki dan difahami bagi memperkasa perpaduan rakyat Malaysia di semua negeri.

No comments:

Post a Comment