Wednesday 20 November 2019

PANTAI IRAMA BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM

Pantai Irama yang terletak di dalam jajahan (daerah) Bachok merupakan destinasi pelancongan terkenal di Kelantan. Bachok mendapat jolokan nama Bandar Pelancongan Islam.

Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok. Jaraknya dari Kota Bharu kira-kira 20 km melalui jalan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Pantai Irama memang sudah lama terkenal di Kelantan yang menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari cuti. Kedudukan berhampiran bandar yang dihubungkan dengan rangkaian jalan raya yang baik menjadikan itu tumpuan ramai.

Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan di kawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku.

Selain dijadikan tempat beriadah, Pantai irama juga sering dijadikan sebagai tempat pesta dan acara keramaian kerana kawasan pantai yang luas.

Di pantai ini sesuai untuk mandi dan juga bermain atau mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Pantainya yang cantik serta air laut yang membiru amat memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata yang memandang.

No comments:

Post a Comment