Bunga seroja dan bunga teratai kedua-duanya
nampak sama. Hidup di persekitaran sama iaitu di dalam air. Kedua-duanya cantik
dan menarik minat orang melihatnya. Maka, tidak hairan jika orang mengatakan
kedua-duanya adalah sama. Beza pada panggilan sahaja. Sebenarnya, kedua-dua pokok berbunga cantik
ini adalah berbeza. Bunga seroja (Nelumbo nucifera Gaertn.) dan bunga
teratai pula dari keluarga Nymphaea sp.
Dalam bahasa Inggeris bunga seroja dikenali
lotus, manakala bunga teratai dipanggil water lily. Maka, jelas sekali bunga seroja bukan teratai
dan teratai pula bukan seroja walaupun kedua-duanya nampak sama.
Secara pandangan dengan mata kasar kedua
jenis tanaman ini boleh dibezakan. Ia dibezakan dengan ujudnya bunga dan daun
tumbuhan lotus yang selalunya berada di atas permukaan air (tidak mengembang)
sedangkan pada teratai bunga dan daunnya mengembang di permukaan air.
Bunga seroja tak terapung di atas
air. Biasanya bunga seroja letaknya di atas tangkai yang agak
panjang menjulang ke atas permukaan air. Tangkai seroja agak keras.
Manakala teratai, kedudukan bunga terapung
dan mekar di atas permukaan air. Tangkai bunga teratai panjang tetapi
lembut yang menyebabkan bunganya tidak boleh melepasi paras air.
Kedua-dua jenis bunga seroja dan teratai
hidup di dalam air. Kedua-suanya merupakan tanaman air mempunyai akar pada
tanah dalam kolam dan daunnya di permukaan air.
Selain perbezaan pada bunga, seroja dan
teratai juga berbeza pada daun.
Tangkai daun teratai lebih panjang seperti
tangkai bunganya, tetapi lembut. Sebab itu, daun teratai akan kembang di atas
permukaan air dan ada jarak antara satu sama lain.
Manakala tangkai daun seroja lebih pendek dan
keras. Apabila naik ke atas, ada yang berada di atas permukaan air dan
kedudukan rapat-rapat antara satu sama lain setelah keluar dari umbi dari
bawah.
Ada jenis seroja boleh ditanam di atas tanah
biasa dan boleh berdiri tegap kerana tangkai daun dan tangkai bunga agak keras.
Berbanding dengan teratai hanya boleh dihidup
di dalam air untuk menyokong daun dan bunganya.
Bungai seroja dijadikan lambang suci dalam
agama Buddha dan Hindu. Sedangkan teratai hanya terkenal dengan lagu 'Teratai Layu
Di Tasik Madu'
Di negara banyak penganut agama Buddha seperti
Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, China dan Kamboja, bunga seroja ditanam di lokasi
strategik dan dihormati.
Terdapat kepercayaan yang bunga seroja tumbuh
di atas tapak kaki Gauthama Buddha sehinggakan ia dikatakan bunga yang suci.
Sebahagian besar varieti seroja adalah
daripada India sehingga menjadi lambang negara tersebut. Bunga seroja juga bunga
kebangsaan negara Vietnam.
Di China bunga seroja yang tumbuh di atas
lumpur dan permukaan air serta menghasilkan bunga yang amat cantik dan
digunakan untuk nama-nama perempuan dalam masyarakat mereka.
biji teratai yg dimakan itu dari pokok teratai atau seroja?
ReplyDeleteseroja@lotus
Delete