Masjid
Diraja Long Yunus, Langgar dibina pada akhir tahun 1870. Pada asalnya, masjid ini
dikenali Masjid Mukim Langgar. Nama 'langgar' adalah merujuk kepada kawasan pemakaman
diraja.
Terdapat
sebuah kawasan pemakaman bersebelahan masjid ini, iaitu Makam Diraja Langgar Kota
Bharu yang dikhaskan untuk raja pemerintah Kelantan dan kaum kerabat.
Masjid
ini mempunyai struktur reka bentuk yang memanjang, iaitu lebih kurang dua kali
panjang berbanding dari ukuran lebarnya. Ia ditutupi dengan bumbung tiga lapis
dengan bahagian puncaknya dihiasi “tebar layar” yang disokong oleh bumbung
berlapis dua yang berhubung antara satu sama lain.
Terdapat
kayu bersilang atau ‘pemeleh’ iaitu papan lebar yang diletakkan pada permukaan
bahagian tepi tebar layar ini.
Bumbung
berlapis tiga tingkat ini tidak mempunyai sebarang “ruang terbuka” bagi
membolehkan peredaran udara dan pencahayaan semula jadi.
Masjid
dengan satu ruang utama ini, mengandungi hampir keseluruhan ruang lantainya
dikelilingi oleh panel dinding yang diukir. Dinding panel ini mengelilingi
kawasan mihrab dan ia merupakan kawasan yang paling ketara dalam masjid kerana
aras lantainya ditinggikan.
Ruang
ini dikhaskan untuk golongan kerabat diraja semasa mereka hadir ke masjid ini.
Ruang tertutup mempunyai ruang berupa pintu di setiap tiga bahagian dindingnya,
kecuali di bahagian dinding mihrab yang diukir dengan ayat Al-Quran dan kekisi
bersilang sebagai lubang udara di atas setiap dindingnya.
Manakala
bahagian kedua terdiri dari ruang anjung yang luas yang dikhaskan untuk
golongan kebanyakan.
Dua
bahagian serambi tersebut selalunya digunakan untuk kanak-kanak membaca
Al-Quran dan kelas agama dengan setiap bahagian anjung serambi ini dikelilingi
oleh kayu pengadang melintang railing bagi memudahkan kanak-kanak menyandar
semasa menjalankan aktiviti mereka.
Upacara
kenduri-kendara juga dijalankan di sepanjang ruang terbuka berhadapan dinding
bertentangan mihrab. Bahagian belakang serambi dikhususkan untuk kaum wanita
sahaja kerana aktiviti seperti memasak seringkali dijalankan semasa upacara
keramaian masjid.
Ruang
wuduk pula dipisahkan oleh sistem struktur yang berlainan, tetapi masih
dihubungkan dengan ruang masjid.
Keseluruhan
ruang lantai utamanya ditinggikan daripada bahagian lain. Serambi di bahagian
belakang agak rendah arasnya dari ruang serambi utama untuk mewujudkan hirarki
dan perbezaan antara ruang, terutamanya dari kawasan tertutup yang telah
dikhaskan untuk kegunaan kerabat diraja.
Struktur
binaan masjid terbuat dari kayu cengal keras yang disokong oleh tapak tiang
konkrit. Jubin bumbungnya berasal dari Selatan China sewaktu negeri Kelantan
terlibat dengan perdagangan di antara China dan Patani.
Mimbarnya
pula dikatakan sebagai takhta diraja yang dikhaskan untuk golongan atasan dan
diukir dengan corak hiasan awan larat. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada
corak ukirannya dan jenis struktur kayu kini, tidak terdapat sebarang perubahan
dari tarikh asal ianya dibina.
Bagi
menampung keperluan jemaah yang ramai, bangunan baru tambahan 3 tingkat telah
dimulakan pembinaannya pada Januari 1985 dan telah siap sepenuhnya pada Julai
1987.
Pada
tahun 2014 Masjid Langgar ini telah digantikan dengan nama Masjid Diraja Long
Yunus, Langgar.
No comments:
Post a Comment