Dalam
perniagaan, kesetiaan pelanggan satu faktor penting untuk memajukan dan
mengekalkan perniagaan. Tidak kisahlah jenis perniagaan apa. Kecil atau besar.
Di luar negara perkataan 'Since xxxx' amat penting untuk membuktikan berapa
lama operasi syarikat itu telah berjalan.
Perniagaan
yang bertahan lama bermakna ada pelanggan setia yang berterusan biarpun ada
bersilih ganti. Operasi perniagaan yang telah lama itu mungkin telah bertukar
pengurusan mungkin dari ayah kepada anak dan seterusnya, tetapi kesetiaan
pelanggan tetap utuh disebabkan masihkan mengekalkan ciri-ciri yang lama.
Mungkin ada perubahan yang perlu dilakukan sesuai dengan perubahan masa, namun ada ciri-ciri yang masih menarik minat pelanggan perlu dikekalkan. Contohnya ada roti canai yang tular mendapat sambutan disebabkan masih mengekalkan penggunaan kayu arang untuk membakarnya.
Di kalangan peniaga Cina yang percaya kepada 'ong' atau nasib baik akan kekal berniaga di tempat sama berpuluh-puluh tahun dan masih mengekalkan papan iklan yang asal.

Lihat gambar; Murtabak Hamid.. "Since 1971" katanya. Lokasi 100 meter dari
Mahkamah Pontian, Johor. Jika bemula
1971, bermakna sudah hampir 50 tahun. Lama benar tu. Tidak pasti sama ada yang
membuat murtabak itu masih orang yang sama. Kalau orang sama, bermakana dia
telah berumur lebih kurang 70 tahun. Tengok kepada wajah di gambar, ada lojiknya
orang yang sama. Kalau bukan orang yang sama, mungkin diambilalih oleh anaknya.
Tentang
lokasi asal, tentunya bukan di tempat sekarang. Dahulu kawasan itu belum
dibangunkan lagi.
Kepada
peniaga, berusahalah untuk kekal dalam dunia perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment