Berubah atau berhijrah ke arah lebih baik
adalah satu perkara yang perlu dilakukan secara berterusan. Berubah kepada
kebaikan juga satu jihad yang amat dituntut dalam Islam.
Ulama membahagikan hijrah kepada tiga
kategori iaitu:
- Hijrah makani, iaitu hijrah dari satu
tempat ke satu tempat lain, seperti dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para
sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah.
- Hijrah nafsiyah, adalah perpindahan
kerohanian atau jiwa manusia. Contoh perpindahan ini ialah daripada manusia
jahil kepada berilmu. Dahulunya kehidupan dibayangi kedukaan bertukar ceria dan
bersemangat.
- Hijrah amaliyah, melibatkan hijrah akhlak,
iaitu mengubah sikap dan perilaku kepada yang lebih baik. Hijrah ini melibat
perkara aktiviti kehidupan seharian seperti hubungan dengan keluarga dan
masyarakat, cara berkerja dan cara bertindak terhadap persekitaran.
Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa
memperbaiki diri dalam segala hal. Kehidupan hari ini seharusnya lebih baik
dari semalam dan esok lebih baik berbanding hari ini. Kehidupan lebih baik
diimpikan semua orang.
Untuk merealisasikan semua ini memerlukan
kesedaran yang berterusan untuk membentuk daya yang boleh melonjakkan diri
melepasi halangan terbentuk dalam diri dan persekitaran.
Hijrah sebenar memerlukan pengorbanan dan
bukan sekadar angan-angan. Usaha untuk mencapai lebih baik perlu diamalkan
sepanjang masa dalam segenap aspek kehidupan.
Bersama-samalah kita bertekad untuk berubah
kepada yang lebih baik dalam semua aspek. Anggaplah perubahan ini juga
sebahagian jihad. Kebaikan ini bukan untuk diri sendiri sahaja, bahkan seluruh
masyarakat. Hidup kita saling berkait dan memberi kesan antara satu sama lain.
Untuk berubah sebenarnya tidak perlu
bertangguh. Berubahlah sepanjang masa. Selalulah usahakan yang terbaik. Terapkan
amalan sentiasa komited dan konsisten terhadap perkara yang ingin
dilakukan.
Ingatlah, kecemerlangan bukan dicapai dengan
satu tindakan sahaja. Sebaliknya, kecemerlangan dan kejayaan lahir daripada
satu usaha yang dilakukan berulang-ulang. Kecemerlangan lahir dari tabit baik
yang dilakukan secara berterusan.
Antara perkara yang perlu diutamakan umat
Islam untuk menjayakan usaha berubah kepada lebih baik ialah penguasaan ilmu,
memperkukuhkan ekonomi, membina hidup berkualiti, jiwa merdeka, keutuhan budaya
dan moral, dan nembina keyakinan diri.
No comments:
Post a Comment