Friday 6 March 2020

LIHAT KONSEP AMALAN KEHIDUPAN KITA SENDIRI

Untuk berjaya dan memanfaat kehidupan ini, kita perlu lihat dalam diri kita sendiri. Kehidupan ada berkaitan dengan diri kita sendiri dan orang yang berada di sekeliling.

Sebenarnya ada tiga struktur kehidupan kita iaitu terbuka, rahsia dan peribadi. Ia adalah berkaitan dengan di mana atau untuk apa masa kita gunakan. Lihat di mana masa kita dihabiskan. Adakah untuk diri kita sahaja atau ada manfaat kepada orang lain?

Kehidupan peribadi ialah mengenai bagaimana kita menguruskan masa kita bersama keluarga. Bagaimana kita membahagikan masa dengan pasangan, anak-anak dan keluarga terdekat. Solat bersama, keraian bersama, rekreasi dan silaturahmi yang lain.

Kajian menunjukkan lebih banyak masa dihabiskan dengan keluarga ia mengaktifkan hormon oxytocin iaitu hormon cinta. Menjadi lebih setia dengan pasangan, empati, memori hubungan yang positif dan komunikasi positif. Inilah penawar kemurungan.

Kehidupan rahsia ia mengenai hidup kita sendiri. Hanya kita dengan Allah. Apa yang diisi. Amalan dan ibadah fardhu. Solat, baca quran, puasa, tahajud dan apa-apa pun urusan kita secara peribadi. Bagaimana kita mengaturnya.

Kehidupan terbuka ialah mengenai masa yang kita berikan kepada ummah. Apa aktiviti bersama jiran, kariah masjid, kumpulan PIBG, orang-orang yang kita jumpa di tempat kerja, di jalanan dan keseluruhan. Mesti ada impak kepada orang lain.

Cuba lengkapkan ketiga-tiga jenis struktur kehidupan. Struktur rahsia kita bahagiakan diri kita. Tenang dengan Allah.

Hidup peribadi kita tunaikan hak pasangan, anak-anak, keluarga dan ini membahagiakan mereka. Kita membahagiakan orang, makhluk yang kita jumpa.

Manusia ialah makhluk sosial. Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi rahmat keseluruh alam. Begitu juga kita. Kenal diri, gilap potensi, jadi kreatif, fokus kepada kekuatan dan bakat diri. Beri semula kepada orang. Ada baik beri baik, dapat baik.

Selalu buat pengakuan diri "Aku hamba Allah yang taat, aku ikut hukum syariat, sayang semua orang tanpa syarat, nak harap syurga tanpa hisab, dicintai Allah dunia akhirat."

Hidup kita selalu akan berada di atas landasan yang betul jika kita tahu tujuan kehidupan ini. Kita akan rasa tenang, bahagia dan membahagiakan.

No comments:

Post a Comment