Saturday 26 September 2020

MENGAPA WAKTU SOLAT BERUBAH-UBAH?

Waktu solat adalah peruntukan tempoh atau selang masa tertentu bagi masyarakat muslim menjalani syariat solat sama ada fardu ataupun sunat.

Penyusunan waktu solat fardu telah diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW.

Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardu, waktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap.

Hal ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Kerana itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.

No comments:

Post a Comment