Thursday, 21 January 2021

UMBUT MENJADI HIDANGAN ISTIMEWA

Umbut ialah bahagian pangkal pucuk batang pokok jenis palma seperti kelapa, pinang, kelapa sawit, kabung, pinang, nipah dan lain-lain. Umbut bahagian batang yang masih lembut dan boleh dimakan.

Memandangkan ia bahagian yang boleh dimakan, bahkan sedap pula, maka banyak orang sanggup bersusah payah untuk mengumbut (mengambil) umbut.

Umbut boleh dimakan mentah. Rasanya kelat manis (berlainan mengikut jenis pokok).

Selain itu, umbut biasanya digulai atau dibuat acar. Masakan umbut biasanya dijadikan hidangan istimewa di majlis kenduri kahwin. 

Mereka sanggup masuk hutan (untuk mencari pokok tertentu) atau menebang pokok kelapa untuk mendapat umbut sebagai hidangan tetamu yang hadir.

Proses mendapatkan umbut ialah memotong batang yang masih ditutupi pelepah. Umbut lembut terdapat di dalam bahagian yang masih ditutupi pelepah. 

Bahagian lembut itu bakal menjadi keras apabila pelepah telah berkembang dan menjadi batang matang apabila pelepah telah gugur.

No comments:

Post a Comment