Cengal merupakan
salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok cengal.
Pokok cengal (Neobalanocarpus heimii) dikategorikan
sebagai kayu balak jenis keras, padat, tahan lama, mahal dan berkualiti paling tinggi.
Kayu
cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan Khatulistiwa.
Kayu cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia.
Kayunya
berkualiti dan terbaik serta tergolong dalam keluarga dipterocarpacease iaitu
sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta
mengeluarkan resin atau damar.
Kayu
gubal, teras dan kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali
sebagai damar penak serta boleh digunakan dalam pembuatan varnis.
Malaysia,
Indonesia dan Thailand adalah antara pengeluar kayu cengal utama dunia.
Cengal
dikategorikan sebagai kayu terkeras yang tahan lama, dan memiliki ketumpatan
antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Ketahanan kayu itu disebabkan
terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras.
Oleh
kerana kualitinya yang baik dan berharga tinggi, ia menjadi buruan para
pembalak. Kini, cengal merupakan kayu yang jarang ditemui dan ia merupakan kayu
yang dilindungi.
Kayu
cengan biasa digunakan untuk membuat rumah, bentuk ukiran, anak tangga, perahu,
jambatan dan produk ‘lasak’ kerana ia juga tahan serangan anai-anai.
Kebiasaannya
pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000
milimeter setahun dan tiada musim kemarau panjang.
Pokok
cengal terbesar dan tertua di negara ini dijumpai di Gunung Mandi Angin,
Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999. Ketinggiannya 65
meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk dan bergaris
pusat 5.32 meter.
Usia
pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan
pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang pada kadar 0.4
sentimeter setahun.
No comments:
Post a Comment