Pokok menjadi ‘padang’ permainan kepada budak masa dahulu. Selepas main air sungai, pokok pula dijadikan tempat bermain.
Sebenarnya, kemahiran memanjat pokok dianggap satu keperluan pada ketika itu. Kalau tidak pandai memanjat pokok, sukarlah untuk merasa buah-buahan yang terdapat di sekeliling kampung. Pokok buah pada masa dahulu rata-ratanya tinggi.
Namun, budak sekarang tidak perlu lagi kemahiran memanjat pokok. Pertamanya, sekarang ini di sekitar tempat tinggal mereka tidak terdapat lagi pokok buah, terutama yang tinggal di bandar. Mereka hanya tahu memanjat tangga rumah flat.
Keduanya, kebanyakannya buah sekarang ini dibeli di pasar. Tidak perlu lagi dipanjat untuk mendapatkan buah. Bawa wang, terus dapat.
Ketiga, kebanyakan pokok buah sekarang buah rendah. Tidak perlu dipanjat lagi. Bahkan, untuk memetik buah sekarang ini bukan lagi memanjat dan mendonggok ke atas, tetapi kena membongkok untuk mengambilnya.
No comments:
Post a Comment