Monday, 22 February 2021

ANGSA MENJADI PENGAWAL SETIA

Angsa (Cygnus spp atau Coscorba spp) adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti itik. Angsa terdapat banyak jenis yang terdapat di seluruh dunia. Namun, jenis yang banyak terdapat di Malaysia adalah jenis angsa putih dan angsa kelabu.

Penternakan angsa tidak asing di Malaysia, terutama di kampung. Namun, jumlah yang diternak biasanya tidak banyak. Biasanya diternak bersama-sama itik dan ayam kerana cara pemakanan adalah sama.  

Antara sebab angsa diternak ialah untuk dijadikan ‘penjaga’. Angsa merupakan haiwan yang setia kepada tuannya dan mampu menjadi penjaga kawasan rumah. Apabila ada orang datang berkunjung ke rumah, angsa akan berbunyi ‘memberitahu’ tuannya. Angsa sangat baik untuk menjadi penjaga pada malam hari.  

Selain mengesan kehadiran manusia, angsa juga bijak dalam mengesan kehadiran binatang lain. Sebab itu, angsa dipelihara bersama dengan itik dan ayam untuk menjadi penjaga. Angsa dapat mengesan dan melawan musang dan ular yang ingin menyerang binatang ternakan lain.

Walaupun tidak sehebat bokbong atau cempelai melawan ular, angsa biasanya dapat menewas serangan ular tedung dan ular sawa.

No comments:

Post a Comment