Setiap
kali hari ulang tahun kelahiran, tentu sekali kita mengaitkan ia sebagai doa untuk
kebaikan kepada individu yang menyambutnya. Maka ada berbagai-bagai ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran.
Sebenarnya, macam-macam
bentuk ucapan boleh dibuat. Ada yang ringkas dan hanya ringkasan perkataan, ada
juga dengan ungkapan kata-kata puitis dan penuh bermakna.
Paling
banyak ucapan dapat kita kongsi ialah di laman sosial. Seperti sudah menjadi
kebiasaan, tulisan di media sosial menggunakan perkataan yang ringkas seperti
sekadar HBD, SUT, HUTK dan dan sebagainya.
Dicatatkan
ucapan yang lebih panjang atau sesuai untuk diucapkan atau dituliskan.
-
Assalamualaikum. Semoga pada hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan
taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan reda-Nya untuk
sahabat. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa. Amin.
-
Assalamualaikum. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan
segala urusan. Selamat ulang tahun kelahiran. Amin.
-
Assalamualaiku. Sempena ulang tahun kelahiran ini, semoga panjang umur, murah
rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.
Insya-Allah.
-
Assalamualaikum. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kamu insan yang
mulia,sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah. Semakin panjang umurnya
barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan. Amin.
-
Assalamualaikum. Pada hari ini, apapun impian yang kamu impikan, semoga Allah
SWT menjadikan itu kenyataan. Apapun rencana yang akan kamu buat, semoga semua
itu tercapai. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu. Hari ini
izinkan aku berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik. Semoga dirimu mendapat
keberkatan dan sentiasa dalam reda Allah SWT. Selamat ulang tahun
kelahiran.
-
Assalamualaikum. Waktu berjalan tiada henti. Mengiringi bulan dan juga mentari,
yang terbit setiap hari. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari.
Hingga saat ini. Selamat ulang tahun hari lahir.
-
Assalamualaikum. Kaulah teman pada kala sepi. Hangatkan suasana bagaikan mentari.
Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati. Selamat hari lahir wahai
sahabat sejati.
-
Assalamualaikum. Dari lubuk hati yang paling dalam. Tiada kata dapat kuucapkan
untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini. Dan hanya doa yang mampu
kupanjatkan untukmu sempena hari ulang tahun kelahiran. Amin.
-
Assalamualaikum. Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi
dirimu. Dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna
dan tingkatkan amal bakti kamu kepada kedua ibu bapa. Selamat hari jadi
sahabat, semoga berbahagia hendak-Nya. Amin.
-
Assalamualikum. Ya Allah. Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan
penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan
limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan marifat-Mu,
dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau
sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. Selamat ulang tahun
kelahiran.
No comments:
Post a Comment