Tuesday, 16 March 2021

PEMIMPIN BERPRINSIP SANGGUP LEPAS JAWATAN

Ada pemimpin selepas bodek dan bersungguh-sungguh mempertahankan Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional (PN), terus dilantik mengetuai Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK).

Namun, berlainan dengan pemimpin yang berprinsip dan tidak mementingkan kedudukan untuk diri sendiri. Apa yang dilakukan berpaksikan kepada dan keyakinan tindakan itu membawa kepada kebaikan untuk parti.

Antara pemimpin yang berpegang kepada prinsip dan bertindak kepada sokongan ahli akar umbi, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Machang.

Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bertindak mengambil keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Tindakan tersebut dilakukan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan tidak juga bermaksud membelakangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Keputusan itu memperjuangkan prinsip parti serta maruah Barisan Nasional (BN) yang dianggap tidak dihormati dan dianggap tidak ubah seperti melukut di tepi gantang.

Ahmad Jazlan menyatakan dan bertindak secara berani tanpa memikirkan kepentingan peribadi. Selari dengan tindakan menarik sokongan terhadap kerajaan PN, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kerana jawatan itu adalah lantikan politik.

Kalau ada pemimpin lain sanggup bertindak berlawanan dengan apa diputuskan MKT UMNO demi mendapat atau mengekalkan jawatan, nampak sekali bertentangan dengan Ahmad Jazlan yang tidak meletakkan kepentingan peribadi sebagai matlamat perjuangan.

Semoga beliau istiqamah dalam perjuangan demi kebaikan semua.

No comments:

Post a Comment