Pun begitu, tidak dinafikan masih ada mereka yang berjawatan dalam kerajaan tetap setia dan menjunjung tinggi keputusan MKT untuk UMNO tidak menjalin hubunga dengan Bersatu pada PRU15 nanti.
Pihak berjawatan seakan-akan telah termakan budi dengan Bersatu. Sebab itu, mereka lebih membela pemimpin Bersatu berbanding rakan dalam UMNO sendiri.
Mereka menyanggah keputusan MKT UMNO dan mengeluarkan pelbagai teori untuk mengapa hubungan UMNO Bersatu perlu dilakukan pada PRU15 nanti.
Golongan proBersatu ini sebenarnya cukup yakin akan mendapat habuan menjadi broker jika hubungan UMNO Bersatu dapat dijadikan kenyataan pada PRU nanti.
Untuk menjayakan misi mereka, lalu mendakwa bahawa yang kecewa atau tidak suka dengan hubungan UMNO dan Bersatu ialah mereka yang tidak ditawarkan jawatan atau di luar kabinet.
Sebenarnya, mereka yang begitu beriya-iya menyokong hubungan dengan Bersatu kerana telah selesa di kerusi empuk tanpa memperdulikan maruah parti yang diinjak-injak Bersatu.
No comments:
Post a Comment