Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Machang menyampaikan sumbangan makanan kepada
pesakit Covid19 di Hospital Machang.
Penyampaian sumbang telah disempurnakan oleh Hussain Awang, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Machang yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Machang kepada wakil pihak hospital.
Ahmad Jazlan meminta agar semua berdoa kepada Allah SWT semoga pesakit Covid-19 yang sedang dirawat cepat sembuh.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja keras setiap masa memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam usaha mengawal Covid-19.
No comments:
Post a Comment