Tular satu kiriman bergambar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menutup pintu pejabat dengan kapsyen ringkas: "Saya dah tutup pintu depan tapi….." menjadi satu fenomena dan mengundang pelbagai persepsi positif dan negatif.
Tidak perlu kita fikir negatif. Fikirkan yang baik-baik. Kalau selalu fikir yang negatif, maka kesannya menjadi negatif.
Ismail Sabri telah mengumumkan apa yang patut diumumkan sebagai menteri yang menjadi jurucakap kepada kerajaan berkaitan aktiviti dan SOP memerangi Covid-19.
Rakyat ingin penutupan penuh aktiviti ekonomi dan sosial, itu telah dilaksanakan sejak 1 Jun lalu. Apabila rakyat marah berkaitan kilang Carlsberg yang dibenarkan beroperasi oleh MITI, Ismail Sabri telah mengarahkan tutup atau henti operasi sepanjang penutupan penuh sehingga 14 Jun nanti.
Jadi, boleh dianggap bahawa kapsyen ringkas: "Saya dah tutup pintu depan tapi….." bermaksud Ismail Sabri telah melaksanakan apa yang rakyat mahu berkaitan penutupan penuh.
Tentang perkataan “tapi....” , adalah sesuatu yang dilakukan atau terjadi bertentangan dengan apa yang telah diusahakan.
Memang sukar untuk kita mendapat sepenuhnya apa yang kita inginkan. Apa yang penting kita telah melakukan apa sepatutnya kita lakukan.
Semoga Ismail Sabri terus melakukan tugas dengan cemerlang dan mendapat sokongan rakyat untuk menjayakan.
No comments:
Post a Comment