Bagi menyesuaikan keadaan semasa akibat pandemik Covid 19 dan PKP, maka pelbagai kaedah pembelajaran secara dalam talian telah menjadi pilihan.
Pembelajaran secara dalam talian ini memerlukan guru menguasai bidang teknologi maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sistem dalam talian seperti Google Meet, Google Classroom dan lain-lain aplikasi.
Namun demikian masih terdapat halangan yang paling besar dalam proses ini iaitu dari segi kemudahan infrastruktur dan capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar.
Kerajaan melalui Kementerian berkaitan perlu mengambil tindakan proaktif bagi menyediakan kemudahan capaian internet untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
Adalah diharapkan segala cabaran dan halangan yang disebabkan oleh pandemik Covid 19 dan PKP ini tidak mematikan semangat serta usaha guru-guru untuk meneruskan tugasan pengajaran dan pembelajaran di rumah atau secara bersemuka.
Pihak Kementerian juga adalah diharapkan dapat membantu golongan guru dalam menyediakan serta membekalkan bahan pengajaran dan pembelajaran umpamanya laptop, data internet dan lain-lain bahan pengajaran yang difikirkan perlu kepada guru-guru di Malaysia.
Terima kasih kepada semua guru kerana tidak pernah kenal erti penat dalam memberi ilmu kepada pelajar.
Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan kerahmatan kepada guru-guru.
Selamat
Hari Guru
“Berguru
Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
FB: Ahmad Jazlan Yaakub Official
No comments:
Post a Comment