Latihan
berterusan kepada anggota tentera amat penting sebagai persiapan menghadapi
segala kemungkinan agar mereka sentiasa berada dalam tahap terbaik dari segi pengetahuan
ilmu peperangan, serta kekuatan fizikal dan mental.
Atas sebab itu, biarpun dalam bulan Ramadan, Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais HELANG RIMBA Siri 1/2021 bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam menangani ancaman insurgensi dan Ilmu Medan Perang (IMP) yang bermula pada 26 hingga 30 April 2021.
Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 4 orang pegawai dan 102 anggota telah terlibat dengan latihan yang diadakan di sekitar kawasan Kem Terendak, Melaka.
Eksesais yang berkonsepkan Peperangan Menentang Insurgensi (PMI) ini juga adalah sebagai persiapan pasukan sebelum menghadapi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 dan Eksesais GERAK PANTAS Siri 25/2021 pada bulan Jun depan.
No comments:
Post a Comment