Friday 18 June 2021

CARA TANAM POKOK BULUH KUNING

Buluh kuning juga dikenali sebagai Golden Groove. Dinamakan buluh kuning kerana batangnya berwarna kuning, berbeza dengan kebanyakan buluh yang berwarna hijau.

Pokok buluh kuning memang cantik ditanam di laman rumah. Buluh berbatang warna kuning ada banyak spesis. 

Secara am boleh dibahagikan mengikut ukuran atau ketinggian, iaitu berukuran besar dan kecil. Kira sama juga seperti buluh hijau yang biasa kita lihat.

Ia diklasifikasikan dalam keluarga rumput (graminae) selain tergolong sebagai tanaman istimewa kerana mempunyai kadar pertumbuhan yang pantas.

Memangkan ia berwarna kuning dan berlainan dengan pokok buluh hijau serta pokok-pokok lain yang kebanyakan berwarna hijau, pokok buluh kuning memang sesuai ditanam di laman rumah sebagai pokok hiasan.

Cara menanam buluh kuning memang mudah. Tidak memerlukan penjagaan rumit. Cepat membiak dan membesar.

Pilih lokasi yang ada di bawah sinar matahari penuh atau separa. Buluh  kuning tumbuh paling baik jika terdedah kepada sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari setiap hari.

Buluh kuning boleh dibiarkan menggunakan keratan batang yang perlu disemai terlebih dahulu.
Anak benih juga boleh diambil dari perdu pokok tua. Atau ambil perdu pokok tua yang telah ditebang.

Pada peringkat permulaan, pokok perlu disiram setiap hari bagi memastikan proses pembentukan akar berlaku dengan cepat dan tumbesaran dapat berlaku dengan baik.

Sekarang ini anak benih pokok buluh kuning ada dijual secara dalam talian. Taip sahaja ‘buluh kuning’ di carian, anda akan menjumpai pautan untuk berhubung dengan penjual buluh kuning.

No comments:

Post a Comment