UMNO
Kelantan mengeluarkan sokongan penuh pernyataan Presiden selari dengan titah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang
menitahkan agar Parlimen segera bersidang.
Kenyataan
media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perhubunan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad
Jazlan Yaakub berharap kesuburan demokrasi perlulah dihormati oleh semua pihak
sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan yang dijunjung.
UMNO
Kelantan berpendapat sidang Parlimen kali ini amat mustahak untuk disegerakan
bagi membolehkan suara, harapan dan pelbagai tuntutan rakyat yang sedang dalam
keresahan dan kesempitan di kala pandemik Covid 19 dapat disuarakan dan
dibahaskan seterusnya diangkat secara rasmi oleh wakil-wakik yang mereka pilih
melalui sistem demokrasi berparlimen.
Rakyat
perlu tahu dan mendapat penjelasan secara tuntas daripada pihak Kerajaan bagi
setiap perbelanjaan yang banyak menimbulkan persoalan tentang ketirisan,
seterusnya memberikan check & balance kepada setiap tindakan Kerajaan yang
meragukan sepanjang dalam tempoh darurat berlangsung.
UMNO
Kelantan juga berpandangan Proklamasi Darurat ini perlu ditamatkan
selewat-lewatnya 1 Ogos 2021 kerana jelas gagal menangani dan melandaikan
lengkuk jangkitan wabak COVID19, sebaliknya lebih digunakan oleh Kerajaan untuk
tujuan Political Move pihak tertentu.
Justeru,
UMNO Kelantan mendesak Kerajaan tanpa sebarang helah dan dalih untuk segera
mengadakan Sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada hari ini dengan
menggunakan kaedah peraturan yang telah termaktub di dalam Ordinan Darurat 2021
sebagaimana yang disuarakan oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment