Saturday 17 July 2021

Pertukaran Panglima 5 Briged

15 Jul 21, Majlis Serah Terima Tugas Panglima 5 Bgd di antara Panglima 5 Bgd baharu, Brig Jen Saiful Bahari Zainol dengan Pemangku Panglima 5 Bgd, Lt Kol Yousrie Muhamad telah diadakan di Bilik Gerakan MK 5 Bgd.

Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Panglima 5 Div, Mej Jen Dato' Hj Mohd Halim Khalid.
Sedikit maklumat berkaitan Brig Jen Saiful Bahari Zainol, beliau dilahirkan pada tanggal 17 Jun 1968 di Sungai Petani, Kedah dan ditauliahkan pada 29 September 1992 ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Terdahulu, beliau telah menjawat jawatan sebagai Komandan PULADA sebelum meneruskan khidmat bakti di MK 5 Bgd sebagai Panglima 5 Bgd Ke-34 berkuatkuasa pada 4 Jun 21 yang lalu.
Panglima 5 Div, turut berpeluang menyantuni anak-anak istimewa di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Kem Paradise iaitu anak kepada PW II Mohd Razmi Mohd Rawi iaitu adik Auni Badrina yang menghidap penyakit jantung berlubang dan adik Miekhail Moksha anak Kpl Mokhtar Ramli yang menghidap penyakit _Attention Deficit Hyperactivity Disoder_ (ADHD). Kedua mereka bertugas di MK 5 Bgd dan 5 KAD.
Sejurus selesai melakukan lawatan kebajikan, Panglima 5 Bgd mengiringi Panglima 5 Div melawat progres senggaraan kem 5 KAD dan seterusnya meninjau pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op PENAWAR di Kampung Tenghilan, Tuaran.
Turur hadir Ketua Staf MK 5 Bgd, Lt Kol Mohd Hisham Din, Pegawai Staf 1 Gerak MK 5 Div, Lt Kol Samsuri Che Soh, Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan bawah naungan MK 5 Bgd.

Teks dan gambar: FB Markas 5 Briged

No comments:

Post a Comment