Thursday 12 August 2021

Tidak perlu gopoh tentukan keabsahan Perdana Menteri

Umum mengetahui suhu politik negara berada pada paras panas berpunca UMNO mengambil keputusan menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Senario itu membawa kepada keabsahan Perdana Menteri diragui. Penarikan sokongan UMNO itu, walaupun tidak kesemua Ahli Parlimen UMNO berbuat demikian, menyebabkan Perdana Menteri hilang sokongan majoriti untuk melayakkan beliau kekal pada jawatan tersebut.

Mengikut Perlembagaan, Perdana Menteri yang hilang majoriti perlu meletakkan jawatan.

Namun, Perdana Menteri boleh mendapatkan ‘pengesahan’ bahawa dia masih mendapat majoriti dengan mengadakan undi percaya di Parlimen.

Dalam hal ini, Perdana Menteri sudah secara terbuka menyatakan akan melakukan undi percaya di Parlimen pada bulan September nanti.

Jadi kenapa perlu untuk mendesak Perdana Menteri meletak jawatan segera, sedangkan komitmen sudah dinyatakan dengan jelas.

Pihak yang terbabit dalam usaha mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan perlu menghormati ruang yang diberikan apabila Perdana Menteri yang begitu terbuka menyatakan untuk mendapatkan keabsahan sokongan terhadapnya ditentukan di Parlimen.

Berilah peluang dan ruang untuk menanti masa yang dijanjikan. Tidak perlu tergopoh-gopoh.

Tambahan pula ketika ini beberapa pakej untuk memulihkan keadaan ekonomi sudah diperkenalkan dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Usaha itu penting untuk menjamin kesejahteraan negara dan juga rakyat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment