Thursday 26 August 2021

TIGA REKOD BAHARU COVID19 26 OGOS 2021

Rekod kes baharu tertinggi.
Rekod kes aktif tertinggi.
Rekod kematian baharu tertinggi.

Kita masih senarai 10 tertinggi Covid19 dalam dunia tanpa mengira saiz penduduk.

Malah, kita tetap negara dengan kadar kes baharu dan kematian baharu Covid19 dalam dunia setelah mengambil kira saiz penduduk.

Harap semua rakyat ingat pada amaran Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia minggu lepas ketika banyak kelonggaran diumumkan bahawa banyak sektor dibuka adalah atas faktor ekonomi dan bukannya kerana keadaan sudah selamat.

Semua pihak perlu sentiasa beringat dengan memakai pelindung muka dan mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.

Elak berada di tempat yang sesak. Kekal selamat dan dapatkan vaksinasi secepat mungkin,

Yang masih belum divaksin ataupun ada keraguan, jangan tunggu lagi untuk lindung diri dan lindung negara.

Jangan diteruskan kaedah dan perancangan yang sudah lama terbukti gagal.

Sebab itu, jangan ragu dan jangan tunggu lagi.

Negara tak selamat selagi anda tak selamat.

Kita juga perlu gunakan pendekatan baharu. Kita perlu tambah baik.

Harap kerajaan baharu akan melaksana dengan segera beberapa cadangan yang telah diberi.

Ekonomi negara tidak akan pulih selagi keadaan Covid19 tidak terkawal dan tidak menunjukkan arah aliran menurun.

No comments:

Post a Comment