Saturday 21 August 2021

KONSEP MAQASID SYARIAH MENJADI ASAS KEKUATAN

Maqasid atau matlamat syariah berasaskan lima prinsip iaitu menjaga agama (deen), nyawa (kehidupan), akal (ilmu dan pendidikan), maruah (jati diri Islami) dan harta benda (kekayaan sumber).

Maqasid syariah menuntut supaya agama terpelihara. Memelihara agama bukan sekadar menampilkan syiar yang sifatnya rohaniah semata tetapi Deenul Islam harus mampu dijana sebagai sumber tamadun.

Agama Islam menjadi contoh kepada agama-agama lain. Lebih baik lagi jika dapat memimpin kepada seluruh umat manusia.

Nyawa atau kehidupan umat Islam ha rus berada dalam tahap karamah insan supaya diri mereka terpelihara, tidak menjadi mang sa kepada eksploitasi pihak ketiga, jutaan terpinggir sebagai pelarian dan tahap kesihatan yang rendah bagi sesetengah negara.

Malang sekali apabila nyawa umat Islam menjadi amat murah. Di mana-mana saja berita kematian umat Islam akibat peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri dipaparkan untuk pengetahuan semua. 

Manusia berdiri atas kekuatan akal. Akal menjadikan manusia hebat dan berharga. Maka itu, proses memelihara kedudukan akal dan mengembangkan perlu dilakukan.

Ia memerlukan strategi membangun akal fikir supaya sistem ilmu dan pendidikan yang sifatnya integratif dan holistik terjadi untuk menghasilkan modal insan yang mampu mencetuskan perubahan dan kemajuan.

Maruah atau jati diri Islami warga umat perlu dipertahan dan dikembang suburkan supaya keupayaan dan kejayaan umat Islam menjadi contoh terbaik kebangkitan.

Umat Islam perlu berusaha mendaki kedudukan yang tertinggi. Jangan lagi keadaan berterusan di mana umat Islam dipandang hina dan terkebelakang. 

Satu lagi keadaan ketara yang perlu dipertahankan dan diperbaiki kedudukan ialah dalam soal kekayaan atau harta.

Bumi yang kaya dengan khazanah berharga dimiliki umat Islam telah dieksplotasi oleh bangsa lain.

Bahkan, kerana harta itulah umat Islam dijadikan papan dan buah catur untuk kepentingan pihak tertentu.

Justeru, umat Islam perlu sedar dan berusaha untuk mengurus dan memanfaatkan sepenuhnya kekayaan yang dimiliki.

Umat Islam harus meletakkan wahdah atau kesatuan sesama umat sebagai ke utamaan, bijaksana dalam mengurus krisis, cabaran dan kemenangan.

Pendekatan berimbang (wasat) dan sederhana ternyata memberi kesan positif kepada perubahan dan kemajuan kerana ia adalah suatu proses dan tidak harus berlaku sikap gopoh dan melampau yang merugikan.

No comments:

Post a Comment