Tuesday 14 September 2021

KEBAIKAN KHASIAT JAMBU BATU

Jambu batu banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Buah yang berasal dari Peru dan Mexico itu kaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin C, A, kalium, antioksidan, magnesium dan folat.

Jambu batu elok dimakan segar. Kebanyakan jenis jambu batu kini jenis tiada biji atau kurang biji. Isinya tebal dan rangup dimakan.

Jambu batu sesuai dimakan segar, mahupun dibuat jus. Ada juga dibuat buat kering sebagai jeruk.

Antara kebaikan makan jambu batu untuk kesihatan:

- Jantung. 
Jambu batu membantu menjaga dan meningkatkan kesihatan jantung. Kandungan kalium (potassium) yang tinggi dan serat larut dalam jambu mampu menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.

- Menurunkan tekanan darah. 
Pengambilan jambu batu mampu menurunkan tekanan darah dan membantu penurunan kolesterol low density lipoprotein (LDL) ‘jahat’ dan peningkatan dalam kolesterol high density lipoprotein (HDL) ‘baik’.

Jambu batu kaya dengan vitamin A dan kalium yang mampu mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah serta menghalang darah menjadi pekat sekali gus mengawal tekanan darah.

- Hati. 
Kandungan antioksidan yang tinggi dan vitamin dalam jambu batu boleh membantu melindungi hati daripada rosak akibat radikal bebas. 

- Senggugut. 
Daun jambu batu yang digunakan secara tradisional oleh masyarakat di India sejak dahulu lagi mampu mengatasi masalah senggugut dan kekejangan perut akibat haid.

- Mata. 
Pengambilan jambu batu dapat membekalkan vitamin A untuk badan dan membantu meningkatkan daya penglihatan, memperlahankan pembentukan katarak serta menghindarkan risiko retinitis pigmentosa iaitu penglihatan yang sensitif terhadap cahaya.

- Sistem penghadaman. 
Jambu batu adalah sumber terbaik serat pemakanan dan bagus untuk sistem penghadaman. Ia membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit. Sifat antimikrobial jambu batu juga dapat mematikan mikrob berbahaya di dalam usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.

- Kanser. 
Jambu batu boleh mencegah dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser. Kandungan jambu batu yang tinggi antioksidan seperti lycopene dan vitamin C membantu untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel iaitu antara punca utama kanser. 

- Sistem imun. 
Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat. Sifat antimikrob berfungsi membantu membunuh bakteria jahat dan virus yang boleh membawa jangkitan.

- Kecantikan. 
Jambu batu yang tinggi dengan antioksidan boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan. Ini mampu melambatkan proses penuaan, membantu mencegah kedutan dan merawat jerawat. 

- Ibu hamil. 
Jambu batu juga bagus untuk ibu hamil kerana mampu mengatasi masalah kegatalan kulit terutama pada perut. Khasiat jambu batu tidak hanya untuk ibu hamil, malah ia memberi manfaat pada kesihatan bayi dalam kandungan.

Jambu batu kaya dengan asid folik yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi dan ia juga mampu melindungi sistem saraf. 

No comments:

Post a Comment