Sepanjang
bulan Ramdan, siaran televisyen dan radio tidak ketinggalan menyiarkan waktu
berbuka puasa dan imsak.
Apa
maksud waktu imsak? Ada pendapat mengatakan selepas waktu imsak kita tidak
boleh lagi makan atau minum? Betulkah begitu? Sebenarnya waktu imsak bukan
waktu permulaan berpuasa.
Waktu permulaan berpuasa atau ditegah melakukan perkara
membatalkan puasa bemula apabila terbit fajar atau bermula waktu sembahyang
subuh.
Dengan kata lain, sesiapa masih makan dan minum selepas
waktu imsak dikira tidak batal puasanya, melainkan dia terus makan apabila
terbit fajar atau masuk waktu sembahyang subuh.
Waktu imsak dianggap sebagai lampu isyarat kuning, yang
mana lebih elok kita berhenti.
Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika masih
meneruskan perjalanan selagi lampu merah menyala.
Waktu imsak tidak dijelaskan oleh Rasulullah SAW
mengenainya. Bagaimanapun terdapat hadis (berdasarkan perbuatan) sahih
menceritakan perkara itu.
Baginda dikatakan mulai imsak sebelum subuh. Ini untuk bercermat
dalam soal ibadat.
Baginda mulakan imsak sebelum azan subuh dalam tempoh
lebih kurang bacaan al-Quran sebanyak 50 ayat.
Jadi ulama kita hari ini merangka jalan untuk
menyenangkan orang ramai dengan mengira bacaan Rasulullah 50 ayat itu selama
lebih kurang 10 minit sebelum subuh.
Ia sebagai persediaan awal untuk berpuasa dan mengelak
perasaan ragu-ragu mengenai waktu terbit fajar. Sebab itulah ulama
menetapkan masa imsak lebih kurang 10 minit sebelum azan.
Ada pihak mempertikaikan mengenai penantuan waktu imsak
yang dianggap mengelirukan umat Islam mengenai waktu mula berpuasa. Perkara ini
tidak jadi keliru jika kita belajar mengenainya.
Penetapan waktu imsak boleh dikiran
sebagai uruf atau kebiasaan yang diamalkan sesuai dengan amalan
Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW berhenti makan dan sebagainya
sebelum azan subuh dan masa antara keduanya itu baginda sempat membaca al-Quran
lebih kurang 50 ayat.
Jadi eloklah kita melakukan imsak dalam masa 10 minit
sebelum subuh, barulah semuanya dapat dilakukan dengan sempurna dan selesa
iaitu ada masa membersih mulut, gigi, dan membersih pinggan mangkuk.
Apabila muazin sudah mengalunkan azan sedangkan makanan masih penuh dalam
mulut, tentu keadaan kelam kabut dan ini boleh membatalkan puasa tersebut.
Untuk
elakkan daripada terlajak, adalah lebih baik kita berhenti makan sahur semasa
waktu imsak.
Mazhab Shafie dan
mazhab jumhur tidaklah mewajibkan imsak sebelum terbit fajar ini, hanya kita
memandang sunat dan afdhal untuk berhenti sahur kira-kira 10 – 15 minit sebelum
terbit fajar.
No comments:
Post a Comment