Pasar karat biasanya
merujuk kepada pasar tempat menjual barang antik atau barang terpakai. Namun,
kebanyakan pasar karat tidak hanya menghadkan kepada barangan antik sahaja.
Barang keperluan harian dan buah-buhan juga ada dijual di pasar karat.
Sebab
itu ada pasar tani juga dikenali dengan nama pasar karat. Ada tempat yang
asalnya dikenali pasar malam juga bertukar menjadi pasar karat.
Ada
pasar karat beroperasi pada waktu malam dan ada yang menanti kunjungan pembeli
pada waktu pagi hingga petang seperti waktu operasi kebanyakan pasar lain.
Nama
pasar karat digunakan mungkin untuk menggambarkan adalah dijual barang antik
dan barang terpakai di situ. Ia seperti menjadi tanda nama yang mampu menarik
kehadiran orang berbanding nama asal pasar tani atau pasar malam yang memang
terdapat di mana-mana.
Jadi,
tiada syarat khusus untuk menamakan pasar karat. Apa yang penting ia dapat
menarik kehadiran pembeli di situ.
Belum
ada pasar karat yang hanya menjual barang antik dan barang terpakai sahaja.
No comments:
Post a Comment