Thursday 27 January 2022

CARA BUAT MUSUH LARI

 
Dalam perang psikologi politik, kadang-kadang kita tidak perlu fikirkan sangat apa yang diperkatan oleh musuh politik. Mereka sekadar acah-acah atau ingin mengganggu perjalanan politik seseorang atau parti politik.

Kita perlu ambil kisah pengajaran ini. Tentang tidak perlu peduli apa orang buat, tetapi kita perlu gunakan kekuatan untuk terus hebat sehingga musuh dengan sendiri akan menjauhkan dari kita.

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut.

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju ke atas langit.

Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas.

Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yang menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yang lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Atas sebab inilah kini aku berubah. Tidak endah dengan si gagak yang hanya bising berbunyi.

Sehebat mana pun kau rasakan dirimu, kau hanyalah seekor gagak yang hidup dengan menyelongkar sampah dan sisa makanan. Sedangkan aku berusaha mencari daging segar untuk santapan.

No comments:

Post a Comment