Tuesday, 4 January 2022

MENGAPA PERLU ROMBAK, TUKAR KABINET


Rombak kabinet difikirkan amat penting. Bencana banjir memang banyak mengubah keadaan. Kabinet yang tidak berfungsi perlu dirombak dan ditukar dengan yang baharu.

Akibat terendam dalam air banjir, banyak kabinet yang rosak. Tidak ada alasan untuk mengekalkan kabinet yang telah rosak.

Yang rosak elok dirombak dan diganti yang baharu. Dengan cara itu, fungsinya dapat dikembali dengan sepatutnya.

Kalau dikekalkan kabinet yang rosak, mungkin akan mendatangkan bahaya nanti. Kabinet rosak tidak kukuh lagi. Sudah tidak mampu untuk menampung barang atau peralatan yang akan disimpan nanti.

Jadi, kabinet lepas banjir perlu ditukar, jika perlu. 

Gambar dari media sosial: Keadaan selepas banjir 

No comments:

Post a Comment