Allah
mencipta manusia dalam bentuk yang sempura. Allah SWT berfirman dalam Surah
at-Tiin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan
bentuk yang sebaik-baiknya.”
Allah
SWT turut memuliakan manusia seperti firman-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 70
yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa
mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang
Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
Jadi,
satu tindakan keterlaluan jika ada yang menghina OKU sama ada secara terang-terang
mahupun mempamerkan aksi yang bermaksud mempermainkan OKU, yang membawa maksud
menhina ciptaan Allah.
Sedarlah,
OKU bukan minta atau suka dilahirkan sedemikian. Atau, bukan mereka sengaja
menjadikan diri mereka menjadi OKU seperti akibat kemalangan, penyakit dan
sebagainya.
Atas
semangat ingin melakukan kebaikan, banyak OKU berjaya membuktikan mereka lebih
berjaya dan memberi manfaatkan kepada orang lain. Mereka bukan sahaja mampu
berdikari meneruskan hidup, tetapi juga membantu orang lain yang sifat fizikalnya
sempurna.
Baca kisah sumbangan OKU
No comments:
Post a Comment