Sunday, 27 March 2022

PCAK MEMBINA HUBUNGAN ANTARA NGO

 
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan antara penggerak aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan. Setiap NGO ada matlamat atau misi penubuhannya.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) adalah NGO yang menumpakan perhatian kepada aktiviti membantu golongan asnaf di Kelantan. Namun, PCAK juga terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana NGO yang memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru, PCAK turut serta bergabung dengan penganjur Pameran Dwi Tahunan Seni Kontemporari Bachok yang berlangsung di Sudara Beach Resort, Telong, Bachok.

Penyertaan bersama melibatkan ahli PCAK itu bukan sahaja bertujuan menjayakan program tersebut, bahkan ia salah satu cara membina hubungan antara NGO.

NGO perlu saling membantu, dan dengan cara itu ia akan memudahkan aktiviti yang dijalankan.

Sekarang kita membantu orang, lain kali mana tahu kita pula memerlukan bantuan orang lain. 

-----------

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment