Ramadan
bulan umat Islam melakukan ibadat puasa. Penghulu segala bulan dan ganjaran
berkali ganda bagi sesiapa melakukan ibadat sepanjang bulang penuh berkat itu.
Di
Malaysia, semua penganut agama lain memahami pentingnya Ramadan bagi umat Islam,
melainkan mereka yang sengaja memilih sebaliknya.
Termasuk
yang memahami dan menyedari hebatnya Ramadan bagi umat Islam ialah ahli MCA
Bahagian Kota Kinabalu, Sabah.
Ikuti
paparan atau catatan Dr Pamela Yong di FBnya.
Sebagaimana
tahun lepas, tahun ini saya sekali lagi bersama Dr Chang Kee Ying UPPM N19
Likas serta MCA Bahagian Kota Kinabalu telah sempat menyantuni masyarakat
muslim di Kota Kinabalu.
Pada
malam semalam kami di Masjid Negeri menyampai sebanyak 200 pek bakul Kasih
Ramadan kepada hadirin yang menunaikan solat tarawih.
Isi
bakulnya bukanlah mewah sangat tetapi cukup untuk menjadi ingatan kepada mereka
akan kewujudan MCA.
Saya
terkesan dengan program ini kerana dalam kegembiraan menyumbang ia juga cukup
menginsafkan.
Kadang-kadang
kita merasakan musibah yang melanda kita tidak adil buat kita tetapi sebenarnya
kita perlu sedar bahawa ramai lagi yang jauh tidak bernasib baik sebagaimana
kita.
Makanya,
bersempena dengan bulan mulia Ramadan ini, marilah kita sama-sama luangkan masa
berbuat amal kebajikan. Yakinlah dengan berbuat baik kepada orang lain kita
juga pasti akan mendapat balasan yang baik juga suatu hari nanti.
Jutaan
terima kasih juga kepada YB Sanator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi atas sumbangan beliau bagi menjayakan program ini.

No comments:
Post a Comment