
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) peka kepada golongan asnaf. Mendekati dan menyelami suka duka mereka, membantu apa yang termampu dan membina rangkaian untuk menyalurkan maklumat dan bantuan seadanya.
Apabila
menerima khabar mengenai ada asnaf kehilangan ahli keluarga, wakil PCAK hadir
menziarahi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.
Wakil
PCAK hadir menziarahi adik Qayum yang baharu kehilangan ibu tiga hari lalu
akibat penyakit yang dialami sejak tiga tahun lalu.
Ayah
Qayum mencari rezeki dengan membuat kuih di rumah dan diletakkan di kedai-kedai
berhampiran tempat tinggal. Pekerjaan itu sahaja yang dapat dilakukan kerana
pada masa sama dapat menjaga ibu Qayum yang tidak boleh ditinggal lama tanpa
pengawasan.
Semoga
sedikit sumbangan dari PCAK dapat dimanfaatkan untuk persiapan sambutan
Aidilfitri.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat
atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf
dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment