Hukum
makan belangkas dan telur belangkas. Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup
di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di
tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas
adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir
pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya
ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan
ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi'
tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam.
Ia
boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus
boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Berdasarkan
umum nas hadis Nabi SAW: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal
bangkainya.” - (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibn Majah)
Berdasarkan
hadis ini, Syeikh Abdullah bin Bassam berkata, semua bangkai haiwan laut adalah
halal. Kami perkuatkan hujahan dengan keharusan ini berdasarkan firman Allah
SWT: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanannya.” – (Surah
al-Maidah, ayat 96)
Umar
bin al-Khattab RA berkata: “Binatang buruannya, iaitu apa sahaja yang
dapat ditangkap di laut, dan makanannya pula, iaitu apa yang dilemparkan laut
ke pantainya dari binatangnya. Ibn Abbas berkata: Maknanya iaitu
bangkai-bangkai yang dikeluarkan daripada perutnya.”
Begitu
juga sebarang bentuk haiwan yang tidak ada nas qatie pengharaman maka hukumnya
adalah halal. Ini berdasarkan kaedah “Asal pada sesuatu itu adalah harus”.
Jenis
haiwan yang boleh dimakan adalah binatang yang tidak memudaratkan kesihatan
kita. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang
memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” - (Riwayat Ibn Majah, no. 2341)
Berdasarkan
kepada amalan sebahagian masyarakat Malaysia yang memakan belangkas, maka
didapati tiada kesan kemudaratan atau keracunan terhadap mereka. Ini menjadi
bukti dengan jelas tentang keharusan memakan belangkas.
Berkenaan
dengan telurnya pula, jika binatang tersebut boleh dimakan yang menjadi induk
atau ibu, maka telurnya juga boleh dimakan. Ini berdasarkan kaedah “Yang
mengikut itu mengambil hukum yang mengikut asalnya.
Begitu
juga dengan kaedah “Anak atau cabang mengikut hukum ibu atau asalnya.”
Hal
ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari
2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
-
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia
memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah
haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia
adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya
air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan
insang.
-
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa
haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air
adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan
daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
No comments:
Post a Comment