Nafsu ammarah
bissu' sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia
suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.
Firman
Allah SWT maksudnya: “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan),
kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali
nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.” (Surah Yusof, ayat 53)
Nafsu
ini yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga
dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup.
Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa
yang cuba nak mengalang tindakanku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah,
kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.
Nafsu
amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak
dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa.
Justeru, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar
syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka
hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.
Susah
hendak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan. Keras kepala!
Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah
sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai
akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu
ammarah.
No comments:
Post a Comment