Hobi
bercucuk tanam semakin mendapat tempat di kalangan penduduk negara kita. Selain
mendapat hasil apa ditanam, ia juga menyihatkan badan dengan berkebun. Ia juga
melahirkan kepuasan dan ketenangan diri.
Anda
juga tak perlukan ruangan besar untuk bercucuk tanam, melainkan memang
bertujuan untuk melakukan pada skala yang besar. Bercucuk tanam di laman rumah
pun sudah boleh.
Antara
cara pilihan untuk bercucuk tanam ada menggunakan sistem hidroponik yang mudah
dan selamat.
Hidroponik
adalah sistem penanaman tanpa tanah. Kombinasi perkataan hidro + ponik itu
sendiri bermaksud air yang bekerja menurut Bahasa Latin.
Pokok
mendapat nutrien atau sumber makanan untuk membesar daripada medium air. Baja
dilarutkan di dalam air dan kemudian diserap oleh sistem akan tumbuhan yang
ditanam.
Kelebihan
hidroponik berbanding penanaman konvensional:
-
Hasil tanaman yang banyak
-
Membekalkan bekalan nutrien secara berterusan kepada tanaman.
-
Tanaman tidak dipengaruhi oleh cuaca.
-
Kualiti hasil tanaman yang seragam kerana pembekalan nutrien dan nilai pH
terkawal.
-
Tanaman bebas daripada penyakit disebabkan oleh bakteria jahat tanah.
-
Kos penanaman rendah tanpa perbelanjaan membajak, membuat batas,
penyiraman, dan merumpai.
-
Banyak pilihan kaedah disediakan.
Panduan
untuk bercucuk tanam secara hidroponik banyak terdapat di carian internet. Ada
yang mengajar secara terperinci langkah demi langkah dari mula sehingga akhir.
Selamat
bercucuk tanam secara hidroponik.
No comments:
Post a Comment