Tuesday, 14 June 2022

MAKSUD ‘PURIT’ DIALEK KELANTAN

 
Perkataan ‘purit’ adalah satu kata penegasan kepada perkataan ‘masam’. Apabila disebuat ‘masam purit’ bermakna ia benar-benar masam atau masam sangat.

Perkataan ‘masam purit’ biasanya merujuk kepada buah yang masih muda yang rasa amat masam seperti buah mempelam (buah pauh), buah celagi, buah kedondong, salak dan buah bacang yang rasanya masam dan kelat semasa masih muda. 

Buah masam biasanya dimakan bersama cicah cuka, gula dan garam. Selain itu buah-buah masam juga dijadikan jeruk. 

Buah akan bertukar manis atau masam manis apabila telah masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment